Setelah lama tidak berkunjung ke ipoh bandar sepet, aku rasa aku perlu membuat satu entri pasal perubahan dan perkara-perkara yang aku lupa pasal bandar ni. Yes its been a while and considering i have charlie, i prefer to go home for weekends.
1.OMG F.O.S die besar dan aku dah lama tak masuk F.O.S walaupun kat KL. (considering its a small place with only 2 malls i thought it would be small)
2. Aku lupa yang di Ipoh kesesatan lalu lintas sangat senang berlaku. Aku dan roomate sesat dan berpusing2 merry-go-round banyak kali di tempat yang sama semata-mata nak pegi dari JJ ke ipoh parade.
3. Sebenarnya banyak jugak cafe-cafe comel di Ipoh ini. Oh, aku tak tahu ada fine dining restaurant di sini.
4. Semasa sesat roomate aku tunjuk pet shop yang di feature kan (is that a word?) dalam cerita sepet. Aku rasa nama pet shop itu comel. 'Pusat Binatang Kesayangan Ipoh'. Its on a faded blue sign board. comel kan ? And.... banyak bird cage. Memang orang-orang Ipoh sayang binatang. (tak ada kaitan)
5. Bagi orang-orang yang duduk di Ipoh ataupun student UTP/UITM pasti kamu tahu nak parking rooftop kt ipoh parade tu kene naik spiral thingy ni kan. Aku first time drive naik tu.Aku rasa macam... bile la nak habis. pening + gayat. tinggi gile.
6. Aku di starbucks sekarang. Aku berada di sini sejak pukul 6 tadi Yes refering to the entry below. Ini post kedua aku. Nampak sangat aku nak balas dendam dengan internet connection di UTP.
7. Bila tak ada lagu2 smooth jazz dan tiba-tiba ada lagu lady gaga dan silly lily, sila pack laptop anda dan keluar dari starbucks.
8. oh oh .. satu lagi perkara. kedai bunga yang aku suka kunjung dan beli daisies tu mengecewakan. nak tahu kenapa tak? sebab tak banyak colours dan bunga-bunga dia macam nak layu je. tapi sebab aku nak jugak, aku beli 2 kuntum bagi menceriakan keadaaan aku kat UTP yang macam darurat. aunty kedai bunga tu siap kene lilit dawai kat bunga daisy aku sebab dia dah bengkok.
orang-orang starbucks macam nak halau je. mesti diaorang pikir ish tak malu nye budak dua orang ni tak reti2 nak balik. hoho.. ampun abang/kakak starbucks. saya dah lama tak update lanun comel.
p/s: aku tengah risau sebenarnya. Macam mana nak pegi parking rooftop. Macam scary je. huhu.
2 comments:
macam dah lama tak pergi ipoh. eh, bukan macam. memang dah lama.
apa laaa point post yg ni bebeh. hahaha. comel betul.
Post a Comment