Friday, September 18

ucapan rasmi hari raya



Selamat hari raya, maaf zahir dan batin saya ucapkan kepada semua kaum kerabat saya tidak kira di kl, taiping ataupun kelantan, rakan-rakan saya yang berada di luar dan di dalam negeri.

Saya ingin meminta maaf jika terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja, post2 saya yang menyakit kan hati setengah pihak dan juga jika ada apa-apa salah yang telah saya lakukan, 0-0 ye.

Tidak lupa juga, halal kan makan minum saya... eh ni ayat cliche yang selalu diucapkan pada pagi raya dalam keadaan tersedu2 menangis masa salam mak dan ayah.

Ok kembali kepada ucapan tadi. Saya juga mintak maaf jika saya telah annoykan kamu atau menjadi singa betina dalam masa 10 saat. Maaf banyak2 ye. Saya tahu saya garang tapi comel. hee.

Sorry lah kepada usual suspects, gfs dan bf-s? tak tak bf je. yang tak terima kad raya dari saya tahun ini. Saya tahu kamu tertunggu2 posmen hanta kad raya dari saya (perasan betul saya (-.-')). Selalunya saya akan buat handmade kad raya tapi sumpah tak de masa sem ni. Tapi, dengan teknologi canggih blog dan paint, saya handmade lukis kad raya untuk korang pada pukul 3 pagi sebelum bertolak balik kampung. Terharu tak?

Oh kepada semua orang yang dikenali, sila la kemari ke rumah saya. Tapi bagitahu dulu ye .kalau suka hati ambush, makan biskut kering dan ribena sejuk la jawab nye.

alamat saya :
no7, jalan xxxx xxxxxxxx 2,
9/xx, xxxx,
xxxx xxxx.

no phone saya: 012-abcdfeghijklmnopqrstuvwxyz.

from Taiping with love,

Lanun comel.


p/s: saya sedang berpacking untuk balik taiping ni. sesapa yang ada di taiping, jangan segan2 kemari ke rumah opah saya. pasti ada soto dan mungkin duit raya. :D


1 comment:

iLLy said...

selamat hari raya juge.

ikhlas dari
usual suspect #3

cik lanun

My photo
I used to believe that we can live on clouds.